Islam Mosque 4 Ibnu Abdil Ghany Al - Bughury: DEFINISI MANHAJ (المنهج)

Minggu, 11 Desember 2011

DEFINISI MANHAJ (المنهج)





Manhaj (المنهج), nahaj (النهج) atau minhaaj (المنهاج) dari madah: نَهجا– يَنهج – نَهج yang semuanya mempunyai satu makna. Dari segi bahasa manhaj ialah: [1]

اَلطَّرِيْقُ الْبَيِّنُ الْوَاضِحُ ، وَيُطْلَقُ عَلَى الطَّرِيْقِ الْمُسْتَقِيْمِ اَوِالسُّنَّةِ.
“Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut) jalan yang lurus [2] atau mengikut sunnah”.

Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang terang atau mengikut sunnah. Ia disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا
“Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami berikan aturan dan jalan yang terang (atau sunnah)”. [3]

Berkata Abu Ja’far, bahawa manhaj ialah: “Jalan yang terang atau jelas” [4] (الوالبيان اضح).  Dan apabila dikatakan (طريق نَهج) berarti “Jalan Yang Terang” atau (بين) “Jelas”.

Menurut Ibnu Katsir rahimahullah manhaj ialah:
فَهُوَ الطَّرِيْقُ الْوَاضِحُ السَّهْلُ
“Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah”.[5]
Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas radiallahu ‘anhu yang diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah, Hasan al-Basri dan selain mereka:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : سَبِيْلاً اَوْ سُنَّةً

“Berkata Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu bahawa manhaj ialah: Jalan atau sunnah”.[6]
سُنَّةُ النَّبِي ، اَوْ الْبَيِّنُ الْوَاضِحُ
“Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas”. [7]

Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai mazhab (aliran atau jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan manhaj. Seperti disebut: “Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-Soleh”.


Dengan Demikian Definisi Manhaj itu ialah:
Metode atau cara beragama yang benar sesuai dengan apa yang Allah Subhaanahu wa Ta’ala Syari’atkan kepada Rasul-Nya yang Ia telah memberikan kepadanya sir’atan wa minhaajan - Sabilan wa sunnatan - Jalan dan Sunnah.[8]




—————————————————————————–
Footnote:
[1]. Lihat: Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al-
Afriki al-Misri. Lihat: Kamus al-Muhit. 1/209. Fairus Abadi.
[2]. Lihat: منهج الاستدلال على مسائل الاعتقاد عند اهل السنة والجماعة1/19. Utsman bin Ali Hasan.
[3]. Al-Maidah, 5:48.
[4]. Lihat: At-Tabari, 4/609.
[5]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.
[6]. Lihat: Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120. Lihat: Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif.
[7]. Lihat: At-Tabari, 6/609.
[8]. Lihat Lau kana khaira lasabaquunaa ilaihi hal.61-62 oleh Ustad Abdul Hakim Amir Abdat

0 komentar:

Posting Komentar

Template by:
Free Blog Templates

 
hostgator coupons